Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hiburan. Papar semua catatan

Shah Rukh Khan Kena Tahan Di US

on 14 April 2012


Kisah Shah Rukh Khan kena tahan di lapangan terbang White Plain, US selama 90 minit [agak lama tuu] telah membuatkan ramai rakyat India marah termasuk para menteri derang. Apa polisi yang US guna tak tau lah, mungkinkah disebabkan nama beliau yang beragama Islam menyebabkan Shah Rukh Khan ditahan. Siapa yang tak kenal dengan artis Bollywood tu kan, jadi berita penahanan Shah Rukh Khan itu memang membuatkan kita pun rasa agak pelik juga. Beliau hanya dibebaskan setelah kakitangan kedutaan India masuk campur.

Kes Shah Rukh ditahan ini bukalah yang pertama kali. Tahun 2009 dulu beliau pun pernah kena tahan. Mungkin atas sebab yang sama kott. Nampaknya US memang agak terlebih berhati2 bila seseorang tu membawa nama Islam. Takkan nak pergi ke sana orang Islam nak kena tukar nama? Nampak sangat derang "fobia" derang dengan orang Islam..he3x!! Ye, la kan...kalau kita yang tak dikenali ni ditahan kira boleh faham jugak la..ni artis yang dah ada nama. Satu donie kenal wooo...Shah Rukh Khan pun pergi sana naik jet peribadi...tak guna pesawat komersial lain. Gamaknya muka Shah Rukh Khan ni ada iras2 geng2 Taliban kot...ha3x!!


# Kenkadang rasa pelik juga dengan polisi airport US nih...Sedangkan artis yang gah pun boleh kena inikan pula kita orang biasa...masakkk!! 


Tag :

MAJLIS PERKAHWINAN FASHA SANDHA DAN JEJAI

on 11 April 2012

MAJLIS_PERKAHWINAN_FASHA_SANDHA_DAN_JEJAI
Fasha kelihatan lebih anggun bila bertudung seperti ni...
Salam semua, memang musim artis nak bertunang dan berkahwin nih, berita terbaru berkenaan Majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai tentunya juga satu berita yang panas. Bagi aku bagus sangat dah tu, berita Fasha nak dirikan masjid dengan Jejai [Toh Muda Rizal Ashram Ramli] dah lama tersiar diberita, cuma tarikh tu je yang belum diketahui ramai. Bagaimana pun hari ni dalam paper Metro dah keluar tarikh perkahwinan Fasha dan juga Jejai. 27 April 2012 ni adalah tarikh yang telah dipersetujui oleh kedua2 belah pihak berdasarkan kad undangan perkahwinan yang diberi. Apapun, semoga kedua2 berbahagia selamanya.
“Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan.“Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
Kad kahwin Fasha Sandha dan Jejai

# Errr...saap lagi artis yg nak benikah nih....:)
Tag :

ZEK ZAIDI PERSOAL KEMENANGAN ORG LUAR?

on 10 April 2012


Satu Malaya dah kecoh tentang Zed Zaidi persoalkan kemenangan org luar berbanding artis sendiri. He3x!! Sorry...aku tergelak dulu, bukan apa...kenapa lah masih ada sikap iri hati terhadap orang lain sebegitu rupa. Industri hiburan Malaysia bukan besar mana pun, artis Singapore yang masuk dalam industri ni pun sikit je bilangannya. Tapi kenapa rakyat Malaysia buat pilihan ke atas orang luar berbanding orang sendiri? Ha3x!! Rasanya tak perlu jawab la kot..korang [artis2] kena pikir sendiri laa. Sebelum ni bukannya tak de orang Malaysia yang menang kategori Artis Paling Popular nih...ada, ramai aper...tapi kenapa dia orang boleh menang?


Apapun Zed Zaidi masih lagi pertahankan apa yang dia dah tulis dalam twitter dia tu..tak pe la. Hak dia nak suarakan apa yang dia rasa perlu, tapi kalau korang tengok dalam blog dia, 99% rasanya orang dok kutuk dia. Trafik kat blog dia pun dah meletup giler tu..he3x!!! [zedzaidi.blogspot]

Pelakon TV Lelaki Popular...
Apapun aku memang tabik la dengan Aron Aziz ni...jawapan yang dia bagi tu tetap cool jer. Tak de la nak meletup balik. Macam tu la bila dah top...cool jangan dok buat riuh tak tentu arah...Satu lagi, kategori ni orang pilih sebab popularr...la ni memang dia yang tengah popular...so tak perlu la nak ungkit artis Malaysia atau artis luar. Sama jerr...sesama melayu...sesama Islam...sok2 kat akhirat dah tak de negara dah bang oih. - sorry bro, aku tak setuju dengan pendapat ko tu.Cayiokk!!!


Kredit - appbh,forblogger
Tag :

KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BINTANG POPULAR ABPBH 2011

on 09 April 2012

KEPUTUSAN+PENUH+ANUGERAH+BINTANG+POPULAR+ABPBH +2011

Salam semua, baru je habis tengok race MotoGp tadi, layan Moto 3 jerr. Tengok Zulfahmi race. Malam ni suka atau tidak, nak atau tak nak, aku terpaksa layan juga ABPBH nih. Kuasa penuh untuk memegang "remote tv" ditangan Queen. Tapi elok juga laa...at least boleh la aku tau siapa menang, pe citer kisah malam tu...artis tu laa....artis ni laa....he3x!!! Okeh, list pemenang/ keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian [ABPBH] ni ada di bawah....Ada yang aku teka pemenang tu betul, [cekidout] tapi sebenarnya kebanyakan tekaan aku  tak betul...ha3x!!! Orait...layan list dibawah sat noo....

Penyanyi Lelaki Popular
Hafiz

Artis Duo Berkumpulan Popular
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah

Penyanyi Wanita Popular
Yuna

Artis Baru Lelaki Popular
Johan Arif As'ari

Artis Baru Wanita Popular
Tasha Shilla

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular
Maya Karin

Pelakon TV Lelaki Popular
Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Artis Komedi Lelaki Popular
Johan

Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular
Zizan Raja Lawak

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail [Hot FM]

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana [Hot FM]

Anugerah Khas Seri Perak
Datuk Siti Nurhaliza


# Tahniah kepada semua pemenang...Errr...apesal yerrr....aku rasa Zizan macam tak bape selesa je nak buat lawak dgn diva2 kat atas tu...ha3x!!!
Tag :

SENARAI CALON ANUGERAH CALON BINTANG POPULAR 2011

on 07 April 2012


Berikut adalah senarai calon untuk Anugerah Bintang Popular [ABPBH] 2012 pada 8 April 2012 [Ahad] jam 9.00 malam... yang akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Hot FM. So, hari ni aku nak main teka teki senarai calon ABPBH yang bakal menang, sesajer jee...gatai tangan...he3x!!Jadi kalau nak tahu bakal pemenang yang bakal aku pilih...jom scroll sampai bawah yerkk... Senarai yang aku pilih semuanya kaler biru gelap.
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat 
2. Anuar Zain
3. Black
4. Faizal Tahir
5. Hafiz ~ Awan nano la yg menanggg ~He3x!!!
Penyanyi Wanita Popular
1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna
Artis Duo Berkumpulan
1. Sixth Sense
2. Bunkface
3. Forteen
4. Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
5. Meet Uncle Hussein
Artis Baru Lelaki
1. Aeril Zafrel
2. Awi Rafael
3. Beto Khusyairi
4. Hazama
5. Johan Arif As'ari
Artis Baru Wanita
1. Izara Aisyah
2. Najwa Latiff
3. Neelofa
4. Nur Fathia
5. Tasha Shilla
Pelakon Filem Lelaki
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Falarae
4. Shaheizy Sam
5. Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita
1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani
3. Maya Karin
4. Eja
5. Yana Samsudin
Pelakon TV Lelaki
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Fauzi Nawawi
4. Fizz Fairuz
5. Remy Ishak
Pelakon TV Wanita
1. Fasha Sandha
2. Nora Danish
3. Rozita Che Wan
4. Scha Alyahya
5. Tiz Zaqyah
Artis Komedi Lelaki
1. Afdlin Shauki
2. Along Cham
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Raja Lawak - Jangan sampai jadik najihhh zizanggg!!!Ha3x!!!
Artis Komedi Wanita Popular
1. Alliza Abdullah [Enot]
2. Didie Alias
3. Kanchana Dewi
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Nurul Syuhada
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira
Penyampai Radio Lelaki Popular
1. AG [Hot FM]
2. Aznil Nawawi [Era FM]
3. Faizal Ismail [Hot FM]
4. Halim Othman [Suria FM]
5. Khairil Rashid [Krill] [Sinar FM]
Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana [Sinar FM]
2. Fara Fauzana [Hot FM]
3. Linda Onn [Suria FM]
4. Raja Azura @ Kak Engku [Sinar FM]
5. Sharifah Shahira @ Shiera [Sinar FM]
Anugerah Khas Seri Perak
1. Aishah
2. Zainal Abidin
3. Eman Manan
4. Datin Sofia Jane
5. Datuk M Nasir
6. Ziana Zain
7. Datuk Siti Nurhaliza
8. Rosyam Noor
9. Saiful Apek
10. Mawi
11. Nabil
12. Shahizey Sam
13. Yastro - Ha3x!!!!


# So, pemenang utama ialah.....Yastro!!! Ha3x!
kredit to -www.abpbh.com
Tag :

Siti Aziz & Wawa Zainal - Manisnya Bila Gadis Melayu Bertudung

on 06 April 2012

Serius, aku tak kenal sangat minah2 ni semua. Siti Aziz & Wawa Zainal...itulah nama kedua2 mereka ni, berlakon didalam filem 99 Kali Rindu. Tetapi tetiba jer aku terjumpa gambar derang ni kat blog metrowelath, siusss...memang buat aku "cair" bila tengok gambar2 gadis yang manis nih. He3x!!! Ni kalau aku bagitau kat orang rumah kompom kena cubit..."Gataaaalllll!!"....ha3x!! Apapun, jom tengok gambar Siti Aziz & Wawa Zainal - Manisnya gambar Gadis Melayu Bertudung yang telah aku cilok dari Metrowealth ni..ha3x!!







Tag : ,

K POP - Perhimpunan Belia Putrajaya

Dal Shabet
Terbaca berita di Kosmo siang tadi, kehadiran 2 buah kumpulan K-Pop yang gamaknya meletup juga nih. Setuju atau tidak inilah cara Kementerian nak tarik pengunjung terutamanya para belia pada 23~26 Mei, di  Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012 nanti. Aku tahu remaja di Malaysia kini memang mengilai kumpulan K-Pop nih. Kalau tidak, masakan dulu minah yang kutuk K-Pop pernah mendapat ribuan kecaman melalui blog dia. Apapun aku berharap, semoga ianya tidak memberi kesan negatif kepada belia Malaysia nanti. Remaja jiwa bangsa.....
Para pengunjung Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012 yang akan diadakan dari 23 hingga 27 Mei depan bakal dihiburkan dengan persembahan bertenaga dua buah kumpulan muzik terkemuka dari Korea Selatan iaitu Teen Top dan Dal Shabet.Persembahan yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara itu boleh disaksikan secara percuma pada pukul 8 malam 26 Mei di pentas utama tapak himpunan tersebut di Putrajaya.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed (gambar) berkata, kehadiran kumpulan muzik dari Korea Selatan itu bukanlah semata-mata untuk memastikan sasaran menghimpunkan jutaan belia pada hari tersebut tercapai, malah ia sebenarnya turut mempunyai maksud yang tersirat.“Sambil berhibur, golongan belia Malaysia sebenarnya boleh melihat perkembangan muzik dari sudut yang positif dan perlu belajar daripada mereka.
“Bagaimana Korea Selatan, sebuah negara yang dahulunya mundur, kini sudah menjadi negara yang amat maju. Bukan dari segi muziknya sahaja, malah teknologi yang dimiliki mereka turut berkembang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
TEEN+TOP
Kumpulan Teen Top
Tag :

ILIA IRYANI - GADIS BERTUDUNG YG SUKA MEREMPIT?

on 05 April 2012

ILLIA+IRYANI
Illia Iryani si gadis bertudung yg suka aksi lasak

Siapakah gerangan gadis ni sebenarnya yer? Bertudung tetapi suka merempit? Wahhh....tak sangka betul aku, bebaru ni je aku kenal dengan gadis bertudung yang suka merempit nih. Itu pun secara tidak sengaja. Illya Iryani, manis nama tu, semanis tuannya juga. Beliau merupakan seorang gadis bertudung yang memang suka akan aksi lasak bermotosikal.

"Saya pernah cedera ketika melakukan aktiviti permotoran sekitar tahun 2009. Ia merupakan kecederaan paling teruk saya pernah lalui. Lutut saya terkoyak dan ada kecederaan lain di anggota badan. Alhamdulillah, perkara tersebut tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan apa yang saya minati," ujar Ilia ketika satu temubual lama dulu. Nampak? Kalau orang lelaki pun belum tentu sanggup bermain dengan motosikal kerana takutkan risiko sebegini, keadaan sebaliknya kepada gadis ni.


Bermula secara suka-suka dan minat, "Pada mulanya saya hanya mencari tajaan untuk sebuah program sukan bermotosikal di USM pada 2008 dan apabila syarikat RK-M sudi menaja program itu, saya cuba melakukan aksi lasak dengan bantuan kakitangan syarikat tersebut," Beliau berkata dia cuba melakukan aksi-aksi lasak itu kerana mahu memberi sokongan kepada program itu dan melalui program itu dia mula berjinak dalam sukan permotoran. "Mereka (pihak RK-M) nampak bakat yang saya ada dan mereka menawarkan untuk melatih saya menjadi profesional dan bermula dari situ saya menjalani latihan di kilang RK-M di Prai, Pulau Pinang, seminggu sekali," kata pelajar tahun akhir jurusan biologi di Universiti Sains Malaysia itu.- Mungkin tahun ni beliau dah grad kot...:)

Antara persembahan Illia yang bertaraf antarabangsa adalah apabila pihak RKM meminta beliau mengadakan persembahan di Grand Prix Sepang (MotoGp) pada tahun 2008. Satu lagi, Illia juga perah terkenal kerana aksinya didalam filem "Adnan Sempit 2", filem yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim. Dan yang terbaiknya [rezeki beliau] tetiba pula beliau mendapat tempat didalam team MIG Production dengan bakal membintangi sebuah filem yang masih lagi rahsia, Buat pengetahuan...MIG Production merupakan sebuah syarikat perfileman yang dikuasai oleh David Teoh.



sumber- mstar,kosmo,mig.
Tag :

ANGSA GANAS MENANG SUPER SPONTAN EDISI PERTAMA

on 01 April 2012

Kumpulan lawak Angsa Ganas telah berjaya menewaskan kumpulan Beruang Comel pada edisi pertama Super Spontan malam Jumaat yang lepas. Kumpulan Angsa Ganas diwakili oleh, Zizan, Nana Mahzhan, Tauke, Rahim R2, Suhaimi, Zahid dan Rizman. Manakala kumpulan Beruang Comel pula diwakili oleh Sathyia,Cat Farish, Johan, Yasmin Ali, Ropie, Bell Ngasri dan Sharul Shiro. Wang tunai sejumlah RM5,000 di minggu pertama telah diserahkan kepada keluarga allahyarham Din Beramboi. Pada aku kedua-dua yeam ni memang best, cuma kumpulan Angsa Ganas tu menyerlah sikit "lawak spontan" yang derang buat. Nampak natural gituew...dan yang bestnya, Super Spontan ni memperlihatkan hampir kesemua pelawak2 yang ada di Malaysia nih..memang lawak giler wehh...he3x - gelak sattt!!!

ANGSA+GANAS

Antara aksi yang paling best yang aku suka dalam edisi pertama Super Spontan ini adalah seperti video dibawah...memang pecah perut giler laaa...hahahaha




# Entri auto publish, aku ada carroom game minggu nih.[Grandprix carrom at UM]
Tag :

[PIC] LIYANA JASMAY BERTUNANG - PART 2

on 30 Mac 2012

Sambutan hangat silent reader kat blog YastroOnLine ni telah membuatkan aku membuat keputusan untuk menambah lagi gambar di majlis pertunangan Liyana Jasmay. Yup...kali ni part 2 la pula, ala-ala sekuel gitu...ha3x!!. Ada 5 keping gambar majlis pertunangan Linda Jasmay aku tempek disini. Semoga korang semua berpuas hati okey...Apapun kredit kepada Fan Page Liyana Jasmay. Banyak lagi gambar2 majlis pertunangan beliau dengan tunangnya Fathudin disana kalau korang nak tengok. Okeh, aku zasss duluk...!!!

[PIC]+LINDA+JASMAY+BERTUNANG

[PIC]+LINDA+JASMAY+BERTUNANG+PART+2





#Ternyata cerita/entri tentang artis tetap menjadi entri no 1, menjadi pilihan para peminatnya. Terima kasih kepada Nuriz kerana menegur kesilapan aku menulis nama Liyana Jasmay nih...isk..isk..
Seb bek tuan punya badan tak tegur...klau tak lagi haruuuu....:)
Tag : ,

GAMBAR LIYANA JASMAY BERTUNANG

on 29 Mac 2012

6_GAMBAR_LIYANA_JASMAY_BERTUNANG


Pelakon 3 Janji, Liyana Jasmay telah selamat melangsungkan pertunangan beliau dengan Fathuddin Mazlan,28, pada 28 March 2012 yang juga merupakan tarikh lahir Liyana sendiri. Aku seriously sesekali tu kena layan juga cerita 3 Janji ni sebab time cerita tu kuar kat tv... memang time tu la aku tengah dinner dengan keluarga aku. Kuasa veto yang pegang remote time tu ialah wife aku....he3x!! Layanzz...Drama nih, kalau ikut bintang, mungkin aku bagi dalam 3/5 la untuk cerita ni. 


RUMAH_LIYANA_JASMAY


Okey, siapa itu Fathuddin, tunang Liyana Jasmay nih? Dengar2nya dia seorang ahli perniagaan. Kira okey la tu kan. Majlis pertunangan tu telah berlangsung kat rumah si Liyana Jasmay di Kemensah Height dan derang dah pakat2 setuju nak bernikah pada 24 Januari 2013 nanti. errr...Liayan kata dia cuma bercinta selama 3 bulan je dengan si Fathudin nih? Tak pe laa...sehari ke, 2 hari ke, setahun ke...yang penting niat nak mendirikan masjid tu dah ada....Apapun semoga kalian berbahagia la yerrr....


RUMAH_LIYANA_JASMAY

ACARA_SARUNG_CINCIN

Bersama_Kelaurga_BAKAL_MERTUA







kredit - Ohbulan,mStarOnline,Gua.com 
[Gambar pertunangan Linda Jasmay Part 2 dah ready!], Pe kata kalau korang tengok entri Lelaki Kacak lagi mancho kat sini lak.
Tag : ,

[5] GAMBAR ABBY ABADI BERTUDUNG

on 28 Mac 2012


GAMBAR_ABBY_ABADI_BERTUDUNG
Gambar Abby Abadi bertudung - mediahiburan.karangkraf
Alhamdulillah, sekarang ni dah ramai artis yang mula berubah kearah satu kehidupan yang lebih baik,lebih damai dan lebih tenang. Hari tu cerita Enot dan Dania Amir bertudung, kini bertambah seorang lagi geng2 artis yang mengikut jejak langah positif ni. Aku suka dengan perkembangan terkini para artis, nampak banyak nilai positif dah dan aku juga akan buat entri berkenaan dengan artis sekiranya ianya tidak membawa nilai2 negatif. Kini seorang lagi artis, Abby Abadi telah bertudung sekembalinya dari Mekah. Info yang aku baca dari mediakraf telah melaporkan situasi terkini Abby Abadi...Semoga Allah terus memberikan rahmat dan hidayah kepada mereka2 yang telah berubah dan mahu berubah ini. Insyaallah.
Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang muslimah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana Allah SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus berhijab bila pulang nanti.

"Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya," kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah.




Tag : ,
 
© Yastro.net All Rights Reserved