Kisah Jin - Kuliah dari Ust Haji Ismail Kamus

on 17 Oktober 2011

Kredit to:  Al Khaulani.blogspot.com
KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api 
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (aisehhh...mcm torkono yo... hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 







#Sumber-Rakan FB. Hari ni sibuk sikit, banyak kojo lak kat opis nih..dateline dah dokek...hehehehe....
Tag :

Jepun - Bra untuk Lelaki??

on 15 Oktober 2011

Jepun - Bra untuk Lelaki??
Entahlah masyarakat Jepun nih. Banyak sangat perkara pelik dan budaya yang berbeza dari masyarakat Asia yang lain sehingga menjadikan mereka sebagai satu bangsa yang lain dari yang lain. Menurut wikimapia, Jepun merupakan pengeksport budaya pop yang terbesar di Asia. Kartun, fesyen, gadjet elektronik, perfileman dari Jepun mula menjadi perhatian di Asia dan diseluruh dunia. Pemuda Jepun juga gemar mencetuskan idea baru sehingga menjadi ikutan pemuda dan pemudi di negara lain. Aku rasa, bab2 fesyen memang betul sebab kat jepun diaorang sanggup pakai kostum kartun, adiwira dan sebagainya di tengah bandar tanpa rasa segan silu. Kalau kita kat sini dah tentu orang akan pandang semacam je kan...

Soalnya jika perkara baru itu memberi kebaikan memang tiada salahnya (pada aku la). Tetapi jika fesyen seperti dibawah?? Argghhh...minta maaf laa yerr...tak masuk akal langsung!!! Ader ke patut derang buat bra untuk orang lelaki?? Sapa nak pakai ni wehhh??? Memang gila sungguh la idea orang Jepun ni..Gamaknya ade ke orang malaysia nak beli bra untuk lelaki nih yerr? Mungkin ada yang sanggup kot....tapi tu bagi kaum lelaki yang lembut je laa. Tapi kalau yang tegap dan yang boroi nak pakai jugak, aku gelak dulu yerrr...ha99x!!!

Source: WishRoom


bra lelaki

Jepun - Bra untuk Lelaki??

Lelaki pakai bra
Tag :

Tertelan Cincin Bertunang- Aduhai.....

Maaf yer kengkawan sumer, kali ni berita awek yang tertelan cincin yang aku petik ni sebenarnya berita dari Indonesia...Aku harap tak menjadi masaalah kpd korang sumer untuk "mentranslate"kannya sendiri. At least kita boleh juga memahami bahasa Indonesia...tapi aku rasa tak le susah mana kan..kann..kan


Mana2 ayat yg korang tak paham tu boleh je tanya kat aku korang buat2 paham je la yerr...Kisahnya adalah seperti yang dibawah ni, dan enjoy yourself...hehehehe


"QINGDAO, (PRLM).- Niatnya memberikan kejutan hadiah kalung emas kepada pacar dalam satu kue, eh kalung itu malah tertelan bersama kue. Inilah yang dialami Wang Xue (22) menelan kalung hadiah yang disiapkan kekasihnya Xaio Li (22) dalam kue muffin, di Kota Qingdao, provinsi Shangdong, China.
Xaio mengatakan, "Saya pikir ini akan menujukkan betapa saya sangat mencintainya dan bisa juga sebagai kejutan saat dia ulang tahun."
Namun Wang yang rewog langsung menelan kue muffin dalam satu gigitan sekaligus dan ditelan bulat-bulat. "Saya belum sempat bilang apa-apa, dia langsung menelannya dalam satu gigitan. Tadinya buat kejutan, akhirnya saya bilang apa yang ada dalam kue itu dalam perjalanan ke rumah sakit," kata Xaio.
Foto rontgen menunjukkan posisi kalung seharga 500 poundsterling (Rp 7 juta) dan para medis memutuskan penggunaan alat endoskopi melalui kerongkongan untuk masuk memancing kalung dalam lambung Wang..
"Pacar saya mendapatkan kalung emas hadiah itu, tapi saya nggak yakin dia bakal nyaman mengenakannya meski sudah dibersihkan berjam-jam," ungkap Xaio."
Gambar xray yg menunjukkan  lokasi cincin yg ditelan...

Kredit - Pikiran Rakyat Online
Tag :

China Rambo

on 14 Oktober 2011

As salam dan selamat sejahtera semua rakan2....

Masa citer Rambo keluar dulu aku cukup berminat ngan watak dia yang memang superb gila babun tu...tang mana yang aku minat pun aku tak bape nak jelas. Mungkin tang pembohongan watak yang gila-gila tu kot. Tambah lagi sound sistem yang "meletop" seakan-akan suasana peperangan sebenar. Tapi time tu aku tak pernah lak nak persoalkan kisah pembohongan filem tu, yang penting masa tu hati aku terhibur...Bab2 lain..belakang kira. Rasanya masa citer tu keluar kompom ramai jugak kot yang berkenan nak jadi cam Rambo. Sesak jugak la panggung masa tu ...

Tapi, kehebatan Rambo kat filem tu tak le kemana sebenornya, Rambo yang tak didendang dan didendang pun ramai jugak kat Malaysia ni. Aku bagi contoh laa..Catatan Pak Mail, Komando Kodai Kopi, Ex Nuri Pilot, Lt Kolonel Manaf dan ramai lagi sebenornya. Semuanya adalah Rambo negara yang lebih hebat dan bersemangat dari watak Rambo pembohong tu...Bacalah blog mereka, pasti anda akan kagum dengan kisah dan pengalaman mereka yang berharga tu.

Okey, kita tukar topik lak sikit...Mungkin gambar mamat yang kat bawah ni merupakan salah seorang dari jutaan peminat watak Rambo ..gamaknya laa kott. Aku pun minat jugak ngan Rambo, tapi tak le sampai jadi cam ni. Err....korang camne lak? Ade ke yang pernah beraksi macam gambar kat bawah ni? Hehehehe.......Chalooooo....

China Rambo

# Hari ni ada pantun dua kerat dari aku, (Biasa dok tgk Seri Bahasa ngan Tehr je yang berpantun)
Hari ni hari Jumaat...
Jom kita gi solat!!!
Tag :

Kasihnya Ibu - Sanggup mengorbankan nyawa sekalipun

on 13 Oktober 2011

As salam semua rakan2..semoga semuanya ceria dan sihat sejahtera hendaknya.. Kali ni aku nak kongsi dengan korang erti kasih sayang juga sebagai ingatan untuk diri aku yang bergelar seorang bapa. Di dalam kitaran hidup, pasti kita sedar yang kita ni tentunya dimulai dengan kasih sayang ibubapa, pas ibubapa "gitu-gitu" baru la kita keluar kan..kan?:)....Okeh, dah..sikit2 jer key, kang merapu pulak...

Namun begitu kita tau, bukan setakat kita manusia je yang reti dan mampu berkasih sayang...haiwan yang tak ngerti apa2 pun mampu bersikap begitu.. mungkin hasil dari naluri "keibubapaan" yang tinggi jugak la tu kot. Dan hasil benih kasih sayang itu pastinya mendapat perhatian dari si ibu dan sibapa, dijaga dan dibelai sepanjang masa seolah2 menatang minyak yang penuh.

Jika korang peratikan gambar dibawah, binatang pun sanggup melakukan apa saja cara demi mempertahankan anak kesayangannya. Sanggup bergadai nyawa meskipun tahu bahaya yang menanti. Begitulah tinggi kasihnya ibu ayam tu terhadap anaknya. Kalau binatang pun reti berperasaan begini, bagaimana pula gamaknya kita nak letak perkataan yang sesuai untuk ibu bapa atau manusia yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak2 mereka.

Jadi gambar2 yang aku jumpa di Funzu.com ni membuatkan aku berfikir sejenak, merenung lebih mendalam akan maksud pengorbanan dan kasih sayang. Adiozzz....

Aihhh...ngantuknyer weiiiii....mana mak aku nihh
Tetiba "ALIEN" datang menyerang....siIbu cuba menghalau...
Akibat kedegilan Alien tu ditentang habis2an....
Kecekalan Ibu telah berjaya...sianak selamat kembali kepangkuannya....aminnnn
Tag : ,

Sesaat sebelum pesawat Red Arrow terhempas

on 12 Oktober 2011


Antara kerjaya yang agak berisiko kat dunia ni ialah menjadi seorang juruterbang. Tak kira la komersial ataupun pesawat pejuang, ianya tetap berisiko tinggi. Sekerap mana pun pesawat itu dijaga dan diselenggara dengan rapi  namun tiada siapa yang dapat menangkis takdir yang telah ditentukan oleh ilahi. Hidup dan mati telah ditetapkan olehNYA, akan berlaku tidak terlambat ataupun tercepat walau sesaat sekalipun. Inilah risiko yang dialami setiap juruterbang tak kira dimana sekali pun didunia ini.


Okeh, lopekan pasal tu dulu. kali ni aku nak kongsi gambar2 pesawat akrobatik Hawk kepunyaan Red Arrow ni beberapa saat sebelum terhempas. Gambar dibawah sekali adalah pancaran cahaya yang keluar dari pesawat Hawk T1 (Red 4) yang dipandu oleh  Flight Let Jon Egging dari pasukan Red Arrow. Red Arrow juga dikenali diseluruh dunia sebagai satu pasukan akrobatik pesawat yang terbaik. Kejadian pesawat terhempas ini berlaku di sebuah perkampungan yang bernama Throop tak jauh dari Bournemouth, England pada 20 Ogos 2011 yang lepas. Peristiwa itu juga turut disaksikan oleh isterinya yang turut berada dilokasi kejadian pada masa itu.

Lokasi pesawat RedArrow terhempas.
Jon Egging
Cahaya/api yang keluar sejurus sebelum pesawat terhempas.


Pesawat Red Arrow, kebanggaan British





Tag : ,

Wordless Wednesday - kencing dalam botol

on 11 Oktober 2011

Budak kencing dalam botol depan awek
Tag : ,

Bagan Lalang - Aktiviti bersama keluarga

As salam semua rakan2...Hari Ahad yang lepas, 09/10/11 sempat jugak la aku beriadah bersama keluarga aku sekejap. Lokasi pilihan aku ialah pantai Bagan Lalang, jarak dari rumah aku ke sana lebih kurang 80++km. Sebenarnya tempat ni satu ketika dulu adalah tempat aku dan kengkawan "melepak", melepak semata-mata mencari ketam (salah satu lagi kegiatan aku sebelum jadi pemancing laut dalam...hehehe). Bagi sesapa yang biasa makan ketam segar, kompom dah tau beza rasa ketam kat pasar malam dengan yang baru naik dari laut. Kalau korang nak tau, satu ketika dulu aku n the gang siap pasang khemah dan bermalam disana, rekod aku bermalam disana paling lama ialah 3 hari 2 malam. Lepak disana dengan famili masing2 siap bawak anak bini...masa tu tengah gila ber"camping"...jadi aku angkut je semua sekali...hehehe

Khemah yang aku beli ni pun dah lama tak pasang, hari tu (3/4 bulan yg lepas jugak laa) ade member pinjam. Jenuh jugak la aku mintak balik..(satu perangai yang aku tak suka, dah pinjam lepas tu malas nak hantar balik..... dok simpan kat umah dia, bila tanya bagi alasan sibuk...chisszzz)

Aksi si Akid yang sentiasa membuatkan aku dan isteriku ketawa..

Lepas balik dari Stadium Shah Alam, terus balik rumah hantar barang2 dan packing alatan nak pergi ke bagan lalang pulak. Agak kalut sikit jugak lerr...maklum le dah lama tak pergi berkhemah. Kalau nak ikut alatan aku yang dulu2, lagi la banyak...siap pelita karbaid lagi...tapi ni sebab satu famili je, pas tu nak lepak dalam sehari so tak yah bebanyak le nak angkut barang...klau banyak kang aku jugak yang penat. Anak2 aku pun memang seronok sesangat bila aku cakap nak pergi mandi laut. Bebudak ni memang pantang jumpa air...nak2 si abang tu...

syok betul tidur si Akid tuu...angin kuat, pe lagi lenaaa laa 

Sampai2 je, aku terus cari "port" untuk pasang khemah. Nasib baik la boleh mencelah2 dan dapat front view ngadap laut...hehehe..Pe lagi...kerja pasak terus berjalan laaa...Anak aku si Akid Asyraff tak pernah lagi mandi laut. Dah umur setaun lebih budak ni...aku je yang asyik sibuk melayan kerja siang malam. So kali ni adalah peluang terbaik aku nak habiskan masa dengan bebudak nih.

Si Akid betul2 teruja bila dapat mandi...last2 aku lak yg tak larat nak jaga dia...hehehe

Bila siap je pasang khemah, anak aku si Akmal dan Amzar dah tak sabar2 lagi ngajak mandi. Air laut jauh lagi, (masa tu baru nak pasang) aku suruh je derang mandi dulu sambil mata aku dok perati dari jauh jerr. Lebih kurang jam 5 petang, aku pun turun jugak...sambil bawak si Akid tu mandi. Punya la seronok sampai 5/6 kali gak gamaknya air tu masuk dalam mulut dia....hehehe

Antara aktiviti biasa ditepi pantai..
Bila dah puas mandi, si abang layan main layang-layang pulak. Tapi tak lama, dalam jam 6.30 petang aku dah ajak balik. Badan aku dah penat...pas tu nak kene bukak khemah pulak. Si Akid dah ngamuk sebab penat...duduk dalam kereta dengan ibu dia jeerr....aduyaiii, terpaksa la aku lipat khemah sensorang. Nasib baik aku terer dalam bab2 lipat melipat nih...hehehe

Anak aku suruh bawak rod, katanya nak memancing..tapi aku malas nak bawak ...kalau tak penat jugak nak melayan bebarang mancing, mau penuh bonet kereta ngan alat mancing lak nanti. Btw, taun ni aku nak stop kejap kegiatan rod dan gua. Faktor kos mempengaruhi keputusan ini...Mungkin taun depan lak kot, kalau ada rezeki laa..Kenangan memancing di pelantar dan pipe line masih segar wooo....tak leh lope sampai bila2...terbaikkkk. Kalau tak mampu nak gi jejauh, gi mancing dekat2 pun boleh jugak...hehehe Okeh, Kita lopekan kisah mancing dulu....(Apan la ni, dok tegur pasai manceng)

Pandangan khemah aku  (warna hijau) dari laut...
Bagi aku, Bagan Lalang dah okey sikit dari zaman aku pergi dulu. Semenjak ada Gold Coast kat Bagan Lalang ni, dia orang dah naikkan satu pondok Pemerhati dan sediakan sebuah bot Penyelamat Pantai yang dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Aku masih ingat satu ketika dulu, kes sorang budak hanyut di bawa arus, (masa tu Gold Coast tgh rancak dibuat) tak de sapa nak tolong..kisah tu ada keluar dalam berita TV3...akhirnya sampai sekarang budak tu tak dijumpai. (Kalau tak biasa dengan Bagan Lalang, jangan mandi jauh2, tunggu sampai air pasang) Selain dari tu, aku tengok ade orang main kapal layar...bila aku perati dekat2 rupanya kapal layar milik Gold Coast...mungkin untuk penginap kat resort tu je la kot. Selain dari tu tarakkk...yang ada org jual ais krim jerr.

Cuma satu jer yang aku rasa pihak Sepang kene perbaiki atau pun tambah...parking kereta. Parking kereta masih lagi agak susah nak didapati. Kene pulak time tu ada geng2 kereta ataupun ada syarikat buat hari keluarga kat sana, penuh dan sesak giler wehhh...Bab2 jalan pulak, dulu jalan kat pantai tu dua hala, sekarang dah jadi sehala jerr, okeh la tu, tak le serabut sangat. Tapi aku tengok, masih ada yang degil...dengan selamba je bawak kereta melawan arah..Hmmm, sikap orang Malaysia...mmg cam tu laa, yg best tu siap pakai ketayap lagi pakcik tu.

Kebersihan..masih lagi kureng...tetapi berbanding masa dulu2 agak baik jugak laa. Mungkin faktor adanya Gold Coast kat situ kot. Selain dari tu mungkin sikap pengunjung sendiri yang menjadikan pantai tu agak bersampah. Tong sampah juga pada aku masih lagi tak cukup...bila sampah dah penuh jerr, berlambak la sampah2 kat luar tong tu. Bab2 ni aku rasa tak boleh salahkan pengunjung ...Okeh laa...cukup laa, banyak dah aku membebel...kang bertambah merapu pulak.
Tag :

Tempat Terbaik Nak Berehat - Ada Berani?

on 10 Oktober 2011

Aku tak tau kat mana lokasi dia orang buat aksi berani berehat ni. Mungkin di Indonesia kut, sebab gaya pakaian si muslim dan muslimah tu ade gaya cam orang kita jerr. Gambar2 ni pun dah lama aku ambik, sampaikan source kat mana pun aku dah lope. Banyak lagi gambar2 menarik yang aku simpan...dah jadi hobi plak, tapi aku kene keluarkan juga sebab hard disk aku dah ponoh ngan gamba jerr..So ni salah satu cara aku nak kurangkan beban keberatan pc aku kat opis nih. Maknanya pas ni banyak lagi le gambar2 yang akan keluar kat blog aku nih...hehehe

Okeh, back tu picture kat bawah ni...korang nampak kan, keretaapi yang lalu kat sebelah tu. Tapi derang dengan selamba jer berehat sambil berbaring kat atas rel yang satu lagi tu. Apa motifnya aku pun tak tau.

Aku pun ade gak pengalaman kereta api lalu di sebelah atau dekat2 ngan aku., angin dia pehhh...kuat brooo..siap terasa lagi gegaran kereta api tu. Tapi time tu aku memancing, bukan buat aksi cam derang nih. Biasanya kawasan tu memang ramai kaki mancing, mancing diatas jambatan kereta api...dari jauh lagi kalau dia nak sampai dia dah bagi horn..mungkin sebagai amaran tuk kaki mancing la tu gamaknya. Kisah tu cuma satu ketika dulu laa, masa aku memula berjinak2 dengan arena memancing....sekarang ni dah tak lagi...maleh aku nak berperang ngan nyamuk, pas tu hasil tah kemana...hehehe

Okeh laa...sebelum merapu lebih jauh...korang layan je la gambar kat bawah ni dulu...aku nak buek kojo jap..


Tempat Terbaik Nak Berehat - Ada Berani?

Tag : ,

DIY Drone- Oktokopter...Terbaik!!!!!

on 08 Oktober 2011

Woww...Terbaikkkk (ala2 boboiboy cakap). Ciptaan oktokopter sendiri atau drone atau tahh (aku pun tak tau nak panggil apa)...dari mamat ni. Aku tak pasti dia ni dari China ataupun Taiwan...pada aku tak kisah lerr dari mana asal usul dia tu...yg penting dia buat ni semuanya sendiri, dan menggunakan engine motor kalau tak salah aku.

Buat sendiri, tang tu aku memang tabik laa..., tapi dari segi keselamatan pada aku agak bahaya juga laa....sbb mende2 ni kene balance...Dia ada buat demo...tapi naik sikit jee, tak tinggi mana pun. Mungkin satu hari nanti dia berjaya kot, terbangkan octokopter ciptaan dia ni...ye laa, bak kata orang tua2...usaha tu tangga kejayaan. Layanzzz.......



DIY Drone- Oktokopter...Terbaik!!!!!
Tag :

Link Live Streaming MALAYSIA VS AUSTRALIA

on 07 Oktober 2011

As salam semua sahabat. Hari ni aku nak letak satu link perlawanan persahabatan ataupun Live Streaming antara Malaysia vs Australia. Jadi kepada kengkawan yang belum balik rumah dan nak tengok perlawanan bola ni, korang boleh cuba kat link yang aku letak dibawah. Aku pun rasanya tengok kat tempat kerja je kot.

Apa pun harap2 pasukan Malaysia jangan le jadi lauk pada team Australia lak. Main le camne pun, aku tak kisah yang penting jangan bolos banyak. Kalau dapat seri pun aku dah rasa puas hati sesangat dah.
Perlawanan dijangka akan bermula pada pukul 5.00 petang nanti. So...meh kita sesama bagi sokongan kepada pasukan Malaysia....Malaysia Bolehhh.....
kat bawah ni ada aku sediakan linknya...harap2 okeh masa game tu nanti....:)


LINK [Link tersebut telah dipadamkan. Harap Maaf]


# Apapun link tu akan ada beberapa minit sebelum game nak start nanti....harap maklum.
Tag :

Moto Gp 2011- Montegi Twin Ring, Japan.

on 06 Oktober 2011

Up date sikit berkenaan dengan MotoGp 2011 di litar Montegi. Japan. First sekali tentulah berkenaan dengan team pilihan aku iaitu Yamaha Factory Racing. Jorge Lorenzo berjaya mengekalkan kedudukan beliau yang bermula dipetak kedua dibelakang Casey Stoner. Bagaimanapun aku kecewa sikit, sebab prestasi Team Yamaha tahun ni agak menurun berbanding dengan tahun lepas.

Tahun 2011 ni, Honda pula lebih mendominasi perlumbaan dengan ayam tambatan terbaru mereka Casey Stoner. Bagi Stoner pula, beliau bernasib baik kerana berjaya kembali meraih podium ke 3 setelah terbabas di litar ni. Pedrosa pula berjaya mengekalkan kedudukan tempat pertama tanpa banyak cabaran dari Lorenzo.

Moto gp 2011

Trek Montegi ni agak banyak selekoh sikit, jadi mana2 pelumba yang terlebih "perah" throttle sebelum selekoh pastinya akan mendapat masaalah iaitu terbabas. Ini terbukti dengan 5 orang pelumba MotoGp telah terbabas jatuh dan mendapat DNF. Berbeza beberapa orang rider yang lain walaupun terbabas tapi masih berjaya kembali ke perlumbaan.

Keputusan bagi Team Yamaha yang lain....
Ben Spies berlaga dengan Valentino Rossi pada awal perlumbaan di selekoh pertama dan mengakibatkan beliau juga terbabas, namun beliau kembali ke perlumbaan setelah berjaya mengawal motosikalnya dari terjatuh. Namun insiden ini merupakan satu lagi episod malang bagi The Doctor kerana terus terkeluar dari perlumbaan . Akhirnya tempat ke 6 menjadi milik Ben Spies. Bagi Team Monster Yamaha Tech3 pulak, Colin Edward mendapat tempat ke  8 dan Carl Crutchlow pula tempat ke 11. Carl juga terbabas, namun berjaya kembali ke perlumbaan.

moto gp

Bagi pelumba muda negara pula iaitu Zulfahmi Khairuddin, beliau bermula dari petak yang ke 26 (dari 35 pelumba) dan akhir perlumbaan, beliau berjaya mengutip satu mata iaitu mendapat tempat ke 15. Tahniah aku ucapkan, aku rasa point ini amat bermakna bagi beliau setelah 3 kali berturut2 mengalami kerosakkan motosikal. Keseluruhan point bagi Zulfahmi (AirAsia Sic Ajo) ialah 21 point dan masih mengekalkan tempat ke 17 dari 31 orang pelumba. Harap dia berjaya mengekalkan momentum ni semasa perlumbaan di Sepang nanti. Manakala juara bagi 125cc ialah Johann Zarco, Avant Air Asia Ajo.

Selamat berjuang buat pelumba2 negara yang lain, Azlan...walaupun dah 2 kali gagal masuk ke MotoGp aku harap dia masih berusaha ditahun akan datang. Jangan mudah berputus asa...!!!

Pelumba malaysia
Tag :

Raksaksa terbesar dari Kazakhtan

Raksaksa terbesar dari Kazakhtan
As salam semua kengkawan. hari ni aku nak letak sebuah gambar mesin pengorek raksaksa. Mungkin sebelum ni kita biasa tengok lori pengangkut, ataupun mesin pengorek lombong yang bersaiz biasa2 je disini. Kali ni lain sikit, seekor raksaksa yang berketinggian 10 tingkat, Bertempat di lombong Bogatyr dan dibina sekitar tahun 1969 di Ekibastuz, Kazakhtan. Ianya adalah mesin pengorek lombong arang batu yang terbesar didunia dan telah dimasukan kedalam Guiness Book of World Record pada tahun 1985 dengan pengeluaran arang batu 56.8 juta tan setahun. Dianggarkan ketinggian mesin sekitar 45 meter.
Jom layan....














#3 hari x leh aksess internet kat opis...kabel optik pblm laa...seb bek ari ni dah okeh.
Tag :

Azlan Shah Kecewa....Wild card MotoGp,Sepang 2011


Azlan kecewa gagal raih tiket wildcard Moto2 Malaysia

05/10/2011 3:10pm


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pelumba tempatan Azlan Shah Kamaruzaman meluahkan rasa kecewa apabila sekali lagi gagal meraih tempat dalam senarai dua pelumba tiket wildcard Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berlangsung dari 21-23 Oktober ini.

Penyingkiran Azlan Shah memberi laluan buat dua pelumba lain iaitu pelumba wildcard musim lepas Mohd. Zamri Baba dan pelumba muda berusia 17 tahun Hafizh Syahrin Abdullah mengibar cabaran negara dengan menyarung jaket pasukan Petronas Malaysia bagi kategori Moto2 di Sepang.

Azlan Shah berkata, beliau menyimpan harapan yang cukup besar untuk beraksi kali ini selepas gagal mendapat tempat buat kali pertama pada percubaan musim lepas.

"Pada musim lepas, mungkin saya boleh menjangka apatah lagi ia pengalaman baru buat saya dan saya juga agak mentah berbanding Mohd. Zamri dalam mengendalikan jentera besar.

"Namun situasi musim ini jelas cukup berbeza. Saya lebih bersedia malah pencapaian saya di pentas antarabangsa jauh lebih baik dari pelumba tempatan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama


# Aku pun rasa terkilan jugak, sebab Azlan adalah antara pelumba yang terbaik. Dia juga telah membuktikannya didalam Suzuka 4 Hours Endurance di Jepun baru2 ni dengan kemenangan di tempat pertama. Aku juga pernah mengeluarkan entri tentang kemenangan Azlan dan Emir di Suzuka Jepun. Apapun aku cuma berharap ini pilihan yang terbaik dari kalangan mereka bertiga dan bukannya sebab lain. Harap2 tak ada unsur2 yang tak sihat didalam bidang ni, takut2 esok boleh menggangu dan membantutkan sukan yang baru nak naik di Malaysia ni. 


Saat manis, kemenangan Azlan dan Emir di Suzuka 4 Hours Endurance Jepun.


Tak salah aku, statement di Bernama mengatakan yang Azlan berkemungkinan tidak akan menimbangkan lagi program ni ditahun akan datang kerana begitu terkilan dengan kegagalan beliau mendapat tempat di MotoGp.Wallahualam.
Tag :

Calvary Church di Bukit Jalil- Apakah berita ini benar?

Agak mengejutkan juga seandainya berita ini benar. Calvary Church dikatakan gereja terbesar di Malaysia dan juga diAsia akan dibina di Bukit Jalil. Wowwww!!! Biar betul nih.... Berita ni asalnya aku dapat di blog Islam Itu Indah ,yang diambil dari FB Dr Zainur Rashid Zainuddin. Kerja pembinaan jika diteliti pada gambar tu nampaknya memang sedang rancak berjalan. Reka bentuk bangunan juga seakan sama dengan ilustrasi gereja tersebut.

Persoalannya.....apakah berita ini benar, adakah ada rakan2 blogger yang lain tahu mengenai perkara ini.? Seandainya benar, aku nak dengar juga apa kata pemimpin yang meluluskannya. Jika salah, minta maaf lah..tapi aku nak tahu juga, bangunan apakah yang sedang dibina itu. Dulu kecoh tentang berita gereja terbesar akan dibina di Shah Alam. Namun selepas bantahan orang ramai, ianya menjadi  senyap. Dan kini isu ni timbul lagi, tapi timbul ditempat lain pulak.....

Pada aku, tak salah diaorang nak bina rumah ibadat diaorang. Semua orang ada hak untuk melakukan ibadat  mengikut cara memasing dan dirumah ibadat masing2... Cuma yang aku musykil, kenapa ianya harus terbesar di Malaysia dan di Asia. Tak boleh ke buat kat Thailand, Singapore,Vietnam, Jepun atau Filipina...kenapa harus di Malaysia??




# Jap...jap...nak garu kepala yang tak gatai nih......Apsal skg ni banyak tul org duk usha entri aku yg nih??
Pelik gak aku.....

Menurut Dr Zainur Rashid Zainuddin;
Pluralisme Agama tidak sama dengan Toleransi Agama....

Antara doktrin asas Pluralisme Agama ialah meletakkan kesamaan taraf semua agama &an semuanya mempunyai tujuan yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di Akhirat. Mengikut fahaman ini, tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya adalah benar & mutlak kerana semua agama adalah bersifat relatif.

Jika dilihat kepada doktrin Pluralisme Agama ini, maka ia memang bercanggah dengan apa yang disebut al-Quran bahawa Islam adalah satu-satunya agama benar dan diterima di sisi Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepadaNya berserah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan” (Surah Ali-Imran, ayat 83).

Samada disedari ataupun tidak, gerakan pluralisme agama di Malaysia kini bekerja kuat siang dan malam melalui platform NGO, parti politik dan perjuangan hak asasi kemanusiaan sebagaimana gigihnya Jamaah Islam Liberal (JIL) di Indonesia yang telah berjaya memperluaskan aqidah mereka di Indonesia khususnya dan di Nusantara umumnya.
Tag :

Budak Kecil Merokok ~ Pastikan anak anda tidak meniru aksi ini!!

on 04 Oktober 2011

Pehhh...tenang je atas keta mainan sambil hembus asap keatas.

Sebelum ni entri aku ade mengisahkan seekor Orang Utan merokok. Tapi kali ni tentang seorang budak pulak. Tak jauh mana pun...seberang tu je haaa....Citer pasal tabiat merokok ni, kalau dah lepas sekolah dan mampu cari RM sendiri tu kira okeh laa...tapi kalau merokok sejak kecik, camne lak tu? Mak bapak lak boleh melayan kehendak budak kecik tu?? Pehhh.....kalau aku laa........

Rasanya ramai dah tau tentang kisah budak ni. Pernah keluar kat TV3 dan juga paper haritu. Ardi Rizal (Palembang) merokok sejak umur 2 tahun. Kisahnya turut mendapat liputan dari media antarabangsa seperti ABC dan Daily Mail.
Ditemuduga waetawan ABC
Teruknya ketagihan budak ni merokok sehinggakan dia boleh merokok 2 kotak dalam satu hari (kalah aku siott, pas tu kompom rokok tu jenis Gudang Garam). Sapa yang ajar dia merokok aku pun tak tau, mungkin dia tiru dari kelakuan bapak dia kot. 
Ada berita mengatakan dia telah berhenti merokok, namun menurut bapak dia...Ardi pernah mengugut akan merokok kembali jika tidak dibelikan mainan. Menurut bapak dia lagi, Ardi juga pernah "terkantoi" merokok (mase tu dah berhenti merokok) kerana diberi oleh orang kampung. (Huh...tak boleh pakai punya org kampung)
Kat bawah ni ada klip video time dia isap okok ....aman damai siottt...hehehe!!




#Gamaknya salah sapa yerr dalam kes nih?
Tag :

Teks Ucapan Raja Dr Nazrin - Persidangan Kongres Majlis Agama Islam Negeri 2011

on 03 Oktober 2011

Teks Ucapan penuh Raja Dr Nazrin pada Persidangan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011 yang bertempat di Putra World Trade Centre baru2 ni ada di LINK yang aku sediakan ini. Terdapat perkara yang menarik minat aku disini...biarlah korang baca sendiri teks ucapan beliau tu....

Sambil tu aku petik beberapa ucapan yang aku kira menarik... Antara ucapan menarik beliau ialah....
Sebak ketika menyampaikan ucapan...
"Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.


Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.


''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.  (aku pernah nampak di Tawau haritu...gereja yg dipapan tandanya rumah Allah...tp syg tak sempat nak snap gamba)


''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda."


Sumber: Merealisasikan Islam yang Syumul (Utusan)
              Islam Diperalat Untuk Dapatkan Kuasa (Utusan)
Kredit to utusan...he3x!! Utusan lagi....


Antara petikan didalam Utusan....

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Tan Sri Muhammad Ali Hashim pada sesi sama pula mencadangkan peranan institusi wakaf diperluaskan dengan menubuhkan institusi wakaf korporat di peringkat pusat, negeri dan syarikat milik kerajaan (GLC).


Beliau berkata, "peranan institusi itu seperti Waqaf An-Nur Corporation Bhd. yang ditubuh di bawah naungan Johor Corporation (JCorp) adalah untuk menambah nilai, mengawal dan menghimpunkan harta kekayaan yang kemudian digunakan bagi membina barisan usahawan dan eksekutif perniagaan di peringkat global.


Jelas beliau, menerusi penubuhan institusi itu, ajaran dan nilai mulia Islam dapat diterapkan secara langsung ke dalam amalan korporat dan dapat mengelak penularan budaya tamak dan angkuh yang wujud di kalangan syarikat sekarang.


Tambah beliau, sebuah bank wakaf juga perlu ditubuhkan bagi membantu masyarakat berpendapatan rendah yang kini tidak mampu membayar kadar pinjaman terlalu tinggi yang dikenakan oleh bank-bank konvensional yang mengamalkan riba."

#Kini apa yang dikata itu benar2 memang sedang terjadi. Bahkan lag teruk bilamana penghinaan agam Islam itu dilakukan oleh orang2 Islam yang murtad. Orang yg diluar Islam lagi la..dengan dikepalai bapak Zion (US) dan anaknya si Israel, Islam dan negara2 ditekan kiri dan kanan malah dihimpit dengan pelbagai masaalah. Didalam negara juga sedang berlaku perkara ini...perpecahan umat Islam disebabkan berbeza idealogi teramat ketara. Mampukah kita bertahan didalam 10 tahun lagi?? Wallahualam....hanya DIA yang lebih mengetahui.....
Tag : ,

Askar US tersangkut dipokok

on 02 Oktober 2011

Seorang askar dari pasukan payung terjun US tersangkut di sebatang pokok ketika menyambut ulangtahun ke 63 Tentera Korea Selatan. Acara tersebut berlangsung di pangkalan utama tentera Korea Selatan di Gyeryong, Selatan Seoul pada hari Sabtu, 1 Oktober yang lepas. Bagaimana pun askar tersebut dilaporkan selamat dengan tiada sebarang kecederaan serius.

Pada hari ulang tahun itu juga tentera US dan Korea telah mengadakan satu exercise bersama yang berdekatan dengan demilitarized zone (DMZ)-  kawasan yang berdekatan dengan sempadan Korea Utara.


Askar US tersangkut dipokok

# Kirenye  kes malu jugak ni sebab tersangkut dekat dengan para penonton, sikit je lagi nak cecah kat tanah tu beb, alahaiiiii....hehehe.
Tag :

Tabiat Merokok- Orang Utan pun tiru manusia

Tabiat Merokok- Orang Utan pun tiru manusia ! Aduhhhhh....


Kalau la spesis binatang pun dah tiru manusia, memang habis la kalau macam nih.Orang Utan merokok. Hmmm itu lah tabiat "Shirley" nama jolokan untuk Orang Utan betina ini. Tabiat ini dikatakan telah ditiru dari pengunjung yang merokok dan membuang lebihan puntung rokok ke dalam kandang Shirleydi zoo Johor.


Sejak dari itu Shirley dikatakan telah ketagih dan selalu meminta rokok dari pengunjung. Difahamkan untuk mengelakkan Shirley dari berterusan merokok, Shirley dikatakan akan dipindah ke zoo lain di di Kalimantan.

Siap cucuh sendiri tu...hehehe
Dibawah ni ade video Orang Utan di Zoo Johor yg dikatakan merokok. Tetapi aku rasa sedih jugak, sebab pengunjung ini jugalah (mungkin pakwe/suami/kawan) antara orang yang bertanggungjawab memberi Orang Utan tu rokok.


Adakah kes ni kes terpencil? Tidak..nampaknya spesis Orang Utan sememangnya jenis yang cepat meniru telatah manusia. Aku dapat tau yang spesis ni di Indonesia, Afrika Selatan dan Russia juga boleh kata banyak/ramai Orang Utan didalam Zoo telah ketagih merokok..

Bahkan di Indonesia  ada Orang Utan bernama Togar yang dibela sejak kecil bukan sahaja merokok malah juga meminati durian dan coklat.

Pada aku, mende ni terjadi disebabkan sikap  pengunjung yang kerap memberikan mereka tu rokok free (rokok dah la mahai...pi bagi depa isap wat pa)...Adoiyaiiiii...

Video yang dibawah ni plak dikatakan Orang Utan di Zoo Indonesia...


Tag :

Isu Namewee - Gua BOIKOT NASI LEMAK 2.0!!!

on 01 Oktober 2011

Namewee suka kecoh dan gaduh
Kredit to blog: http://mediamalaya.com/lagu-khas-untuk-namewee/
As salam semua,
Malam tadi aku gi kat blog kawan aku si Apan, beliau ada buat satu entri berkenaan Namewee (Namewee Sound Utusan) dan juga video yang baru yg si Namewee hasilkan, semuanya kerana satu artikel panas diUtusan. Bagi aku, aku punya pendapat yg sama dengan penulis Utusan tu. Oh ye..tulisan tu berkenaan filem Nasi Lemak 2.0...yg mana Namewee adalah pengarahnya..
Aku nak quote sikit hasil tulisan Fauziah Arof...

1. Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Aku:  SAMA...Wa manyak soli aaa...lu punya video, lu punya pilem selupa mcm sampah jugaaa loo. Wa pikir2 still ada sampah yg lagi baik dr pilem lu laaa....ha3x!!


2. Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
Aku: Ape punya kepala la mamat ni, boleh dikatakan sumer video dia start ngan perkataan "F#@K", pas tu ader gak video yg tunjuk isyarat lucah ...suluh lia "latang" (suruh balik kang marah lak) China loooo...kasi mikin itu opela China, solek sana,solek sini macam hantu looo.......kasi main itu cing...cing..cing...ha30x!!!



3. Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.
Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.
Aku: Ha99x!! Melambangkan perpaduan 1 Malaysia dia kata???? Ha99x!!!...Nak gelak bagai dah nih hahaha......
Kat bawah ni ade aku selitkan juga video2 dia yg lain...
Video Negarakuku

Namewee F@#K TNB

Namewee F#$K Gurubesar

Namewee F#@K Utusan


Kesimpulan aku:
1. Dia kata dia ada Degree (Degree hasad dengki kottt)...he3x!! Ye la tu...masa buat video tak pikir lak perasaan orang lain...konon tak rasis.. tp bila bab Islam, Melayu boleh lak dia dok bantai...yg kita ni takkan nak senyap lak, dah bape banyak video yg dia upload kt youtube...semuanya menyakitkan hati jee...

2. Korang perasan tak, bila dia kene tegur sikit dah melenting, pehh tak boleh kene tegur baiii ropenya mamat ni, terus buat video..tp macam biasak lerr istilah dan isyarat F#@K tu sentiasa ada dlm video dia... Gamaknya mmg kaki video lucah dia ni.

3. Satu lagi, klau korang tgk komen2 dlm video tu...semuanya menjurus kearah perkauman. Aku tak nampak kat mana kebaikkan video yg dia buat?? Adakah kita nak tengok mcm tu je? Naik lemak baiii.....Dia ada pendapat dia, kita ada pendapat kita, aku pun ada pendapat aku.

4. Fauziah tu tulis dgn elok2 jerr...dia balas kat video camne? Kaw2 dia hentam...mcm shiyal la dia nih.Kasi no 44 la kat dia.

5. Pada aku klau nak tegur pun, biarlah kene dengan cara dan etika...ini tak, dok sedap tekak dia je. Betul, ada sesetengah perkara yg dia sebut tu logik, tapi bak pepatah kata.."kerana pulut,santan binasa,kerana mulut,badan merana" Mintak maap laaa....terus terang cakap, aku boikot pilem Nasi Lemak 2.0 tu...aku juga dok harap sangat biar dia ngan kroni2 dia je yg tengok filem tu kat pawagam. Nanti kita tengok la bape hasil kutipan pilem nasik lemak dia tu...

Berlemak atau Melemak...Meletop atau Melingkop.....hahaha...
Tag :

Don Sammons- Rela Sendirian disebuah Pekan Kecil

on 30 September 2011

Don_Sammons__Rela_Sendirian_disebuah_Pekan_Kecil


Pernahkah anda membayangkan hidup sendirian di sebuah perkampungan tanpa sesiapa pun yang menemani? Yupp, rasanya tak terbayangkan, kerana manusia adalah makhluk sosial yang pastinya memerlukan antara satu sama lain. Namun, di sebuah desa di Bufford, Wyoming dekat Colorado Amerika Syariikat. Hanya memiliki seorang penduduk bernama Don Sammons (60) yang sudah biasa bersendirian selama beberapa tahun. 


Desa ini dulunya memiliki penduduk sekitar 2000 orang yang kebanyakanya bekerja berkaitan dgn kereta api. Namun dengan perubahan waktu dan teknologi, sektor kereta api semakin menurun, akhirnya sejak pertengahan tahun 1990-an, seluruh jiran tetangganya itu berpindah ke tempat lain. Hanya Samson dan keluarganya sahaja yang masih bertahan.
Papan tanda yang menunjukkan populasi penduduk di kawasn Buford.
Daerah Bufford memang berada di perbukitan di atas ketinggian 800 kaki, berada diatas  gunung yang bersuhu rendah dan dingin. Keluarga Sammons pun sebenarnya bukan penduduk asal disini. Keluarga ini pindah dari Los Angeles ke Bufford sejak tahun 1980 bersama isteri dan anaknya. Sementara anaknya yang sudah dewasa akhirnya tinggal di Colorado dan isterinya telah meninggal lebih dulu 15 tahun yang lalu.

“Dalam sehari, kedai saya mampu dikunjungi 1000 orang di musim panas, namun menurun hingga hanya 100 orang saja di musim dingin,” kata Sammons.
Kedai Sammons, pandangan dr jalanraya
Para pengunjung juga merasa tertarik untuk singgah di tempat tinggal Sammons ini kerana lokasinya terletak di bahagian atas pergunungan dan berada di kawasan pertengahan lalu lintas tersebut. Bentuknya rumah beliau juga cukup unik, pondok kayu dengan tiga kamar tidur dan lokasinya hanya berkisar 200 meter untuk berulang-alik.
Rileks, sementara menanti kunjungan pelanggan
"Mereka berhenti kerana mereka tertarik untuk menemukan tempat ini yang terletak di tengah dekat puncak gunung," katanya. "Saya menjual segala macam souvenir dari topi sampailah ke mug. Trading pos juga menjadi barang jualan terbaik selain minyak petrol."
Satu2nya pam petrol didesa Buford
Sammons merasa senang untuk kembali ke rumahnya setelah bekerja seharian sekitar 10-jam berbicara dengan orang-orang yang singgah disitu sehingga ia mampu mendapatkan kedamaian dan ketenangan. Nama desa Bufford sendiri sebenarnya berasal dari nama seorang jeneral Perang Saudara US (org pertama yg melepaskan tembakkan dalam Perang Gettysburg) bernama General John Bufford dan desa ini pertama kali dibentuk pada tahun 1866. Asalnya desa ini adalah kubu tentera untuk mempertahankan pekerja dan kawasan keretapi mereka.Terdapat beberapa nama tokoh terkenal pernah melawat tempat ini. Antaranya ialah Presiden Ulysses S.Grant (Presiden US ke18), Presiden Franklin Delano Roosevelt (Presiden US ke 32) dan Butch Cassidy-Robert Leroy Parker (seorang perompak keretapi lagenda dan ketua Geng Wild Bunch)

Adakah didesa ini satu2nya desa atau negara yang hanya diduduki seorang manusia sahaja?? Tidak...banyak lagi wilayah,desa,negara lain yang hanya didiami manusia seorang diri. Percaya atau tidak...sila check di wikimapia...atau kalau malas nak check, tunggu entri aku akan datang...(tu pun kalau aku rajin la plak...ha30x!!!)


Credit to: http://www.bufordtradingpost.com/
Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved