Wordless Wednesday #3

on 03 Ogos 2011

Tag :

21 Ranjer Iban Kembali Ke Kampung Halaman

on 02 Ogos 2011

Sisa jenazah 21 Iban Trackers dibawa oleh pegawai ATM
Sesuatu yang didalam simpanan...harus aku lepaskan juga. Disebabkan masa tu aku agak sibuk, jadi akutaksempat nak "lepaskan" entri ni. Cuma sempat "tangkap" pas tu simpan dalam draft. Rasa terharu sebab pihak kerajaan sanggup membawa pulang kembali jenazah 21 anggota Iban Trackers ke kampung halaman mereka di Sarawak. Semoga pengorbanan mereka tidak disia2kan dan menjadi satu contoh tauladan buat generasi masa depan.


kredit kpd blog PGB Warrior
kredit kpd blog PGB Warrior

KUALA LUMPUR, 24 Julai -- Pada Selasa 26 Julai, rasa sedih pasti menyelubungi bandar raya Kuching yang akan menyambut kepulangan wira anak bangsanya.

Pada hari itu, sisa rangka 21 wira pengesan jejak dan renjer Sarawak kaum Iban yang telah menggadaikan nyawa demi mempertahankan negara diterbangkan dari Kuala Lumpur ke ibu negeri Sarawak untuk dikebumikan semula, satu kemuncak usaha bertahun-tahun yang dilakukan untuk memindahkan kubur para pejuang itu.

Para pejuang negara ini terkorban semasa bertugas dalam pasukan tentera British pada zaman Darurat Malaya (1948-1960), yang diisytiharkan untuk menentang gerila komunis, di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Upacara traditional dijalankan sempena menyambut pahlawan

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerbangkan sisa rangka para wira berkenaan, yang diletakkan di dalam 21 tempayan atau tajau suci bagi masyarakat Iban, ke Kuching dalam satu operasi yang dinamakan "Mai Pulai", bahasa Iban bermaksud "bawa pulang", dan melibatkan beberapa agensi dan jabatan.

Sisa rangka berkenaan digali semula dari kubur asal di Alor Setar, Kedah (satu); Batu Gajah, Perak (dua); Kamunting, Perak (empat); Cheras, Kuala Lumpur (empat); Terendak, Melaka (lapan) dan Kranji, Singapura (dua).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu berkata pesawat yang membawa tempayan berkenaan dijadual mendarat di pangkalan TUDM di Kuching pada pukul 12.30 tengah hari.

"Dari situ, tempayan-tempayan akan dibawa di Kem Satu Divisyen di sini untuk disimpan sebelum ia dihantar ke tapak perkuburan pada keesokan hari," katanya.

Jabu berkata satu acara khusus bagi menghormati para pejuang bangsa ini akan diadakan sebelum upacara pengkebumian semula diadakan di tanah perkuburan Gereja St Joseph di Kuching, berhampiran Tugu Peringatan Wira Perang Dunia Kedua.

"Sarawak telah berusaha membawa pulang sisa rangka para pejuang ini sejak beberapa tahun lalu. Dan kini, hasrat anggota keluarga para pejuang berkenaan akhirnya menjadi kenyataan," kata beliau.

Satu operasi sebelum ini, yang dinamakan "Ngerapuh", dalam bahasa Iban bermaksud "memindahkan jasad mereka yang telah meninggal dunia" digerakkan selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke kawasan pedalaman Sarawak pada 23 Feb lepas. Najib berjanji akan membantu usaha memindahkan kubur wira berkenaan.

Di Sarawak, satu jawatankuasa peringkat negeri ditubuhkan bagi menguruskan Ops Mai Pulai, yang diketuai Timbalan Setiausaha Negeri II Datu Ose Murang.

Anggota jawatankuasa melibatkan pegawai ibu pejabat Satu Divisyen, Persatuan veteran Sarawak, Jabatan Protokol, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak dan Pejabat Ketua Menteri.

Jabu berkata lima pasukan dibentuk dengan tanggungjawab untuk membawa balik sisa-sisa jasad para pahlawan berkenaan dari Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura.

"Ini sangat bermakna, khususnya kepada para anggota keluarga yang terlibat terutama mereka yang kehilangan bapa, abang, adik atau orang tersayang," katanya dan menambah kata bahawa mereka kini mempunyai peluang untuk melihat kubur anggota keluarga di "kampung halaman" mereka.

Anggota kelima-lima pasukan bergerak ke lima kawasan berkenaan baru-baru ini untuk melakukan urusan terakhir membawa pulang sisa rangka para pejuang berkenaan.

Sebelum fasa terakhir operasi itu, satu upacara 'miring' diadakan sempena Ops Mai Pulai baru-baru ini di Pejabat Majlis Adat Istiadat di Jabatan Ketua Menteri di bangunan Binamas di Kuching memohon restu mendoakan kesejahteraan bagi simati dan kerja-kerja penggalian berjalan lancar.

Jabu berkata 21 tempayan yang dibawa ke Kuala Lumpur untuk menempatkan sisa rangka para wira pengesan jejak dan renjer. Turut diadakan adalah acara 'genselan' (penyembelihan khinzir atau ayam) bagi menghormati simati dan kawasan perkuburan.

Penggalian semula itu perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati dan adat istiadat tradisi dan kepercayaan dengan kerja-kerja penggalian, hanya dilakukan oleh mereka yang benar-benar suci dan mempunyai tangkal azimat, kata Jabu.

Lt Kol (bersara) Robert Rizal Abdullah, seorang daripada aktivis utama usaha-usaha penggalian berkata beliau memperoleh semangat untuk melakukan usaha berkenaan selepas membaca keluhan seorang wanita Sarawak mengenai kubur seorang pengesan jejak berbangsa Iban yang terbiar di tepi sebatang jalan raya di Alor Setar.

"Hati saya amat pedih ketika menatap gambar (kubur pengesan jejak yang terbiar) itu. Saya berjanji akan membawa perkara ini kepada pengetahuan pihak berkuasa tertinggi. Ia menjadi satu misi bagi saya," demikian tulisan Robert Rizal pada laman blognya (pgbwarrior/blogspot.com).

Dalam satu temu bual dengan Bernama kemudian, Robert Rizal, 61, seorang bekas tentera yang berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam operasi berkenaan, berkata kubur di tepi jalan itu adalah milik Prebet Ungkok anak Jugam.

Ia dipindahkan ke tepi jalan di Km4, Jalan Langgar, Alor Setar, apabila lebuh raya dua lorong dibina di situ lebih satu dekad lepas, dengan nisan terletak di tengah-tengah lebuh raya berkenaan.

Kemudian, nisan itu dipindahkan ke tanah perkuburan Gereja St Michael di Alor Setar, pada April 2009.

Robert Rizal, yang sebelum ini dikenali sebagai Robert Madang Langi, ialah seorang pahlawan Iban dan merupakan penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kerana kehebatannya bertempur menentang pengganas komunis pada 1973. Beliau berkhidmat dalam pasukan tentera selama 25 tahun.

Beliau berkata ramai askar Iban memainkan peranan sebagai pengesan jejak untuk membantu pasukan tentera Komanwel dalam perang menentang pengganas komunis.

Robert Rizal berkata kumpulan pertama 49 pengesan jejak Dayak dihantar ke Malaya pada 8 Ogos 1948, enam minggu selepas pengisytiharan darurat dan kerajaan penjajah Sarawak ketika itu memberi maklum balas untuk membantu menentang komunis di Malaya. Mereka berkhidmat sebagai anggota trup di beberapa unit tentera selama tiga bulan secara kontrak.

Menjelang akhir 1952, terdapat 380 pengesan jejak Dayak berkhidmat di pelbagai unit tentera di Malaya. Mereka kemuduan dihimpunkan sebagai askar dalam dua platun dinamakan Renjer Sarawak pada 1953, dan kini dikenali sebagai Regimen Renjer Diraja.

"Dalam tempoh 12 tahun (1948-1960) berjuang, 21 daripadanya terkorban semasa bertugas dan 25 lagi cedera. Seorang daripada mereka Awang anak Rawing, hanya memperoleh anugerah George Cross (yang diberikan kerana semangat keberanian dan kepahlawanan) semasa zaman Darurat, anugerah masyarakat awam Victoria Cross yang setaraf dengan PGB.

Sebagai menghargai usaha dan sumbangannya, Robert Rizal (owner blog PGB Warrior) diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan ringkas pada istiadat pengkebumian semula sisa rangka para pejuang berkenaan pada Rabu.

Ditanya apakah yang akan beliau ucapkan, wira negara itu berkata beliau berharap dapat membacakan sebuah sajak yang ditulis khusus bagi upacara itu.

"Ia akan menjadi suatu detik yang amat menyentuh perasaan bagi kebanyakan kita tetapi apa yang saya mungkin nyatakan adalah, 'selepas 60 tahun dalam satu kehidupan abadi, anda (para 21 wira pengesan jejak dan renjer Sarawak kaum Iban) akhirnya kembali pulang ke kampung halaman untuk bersemadi'."

Senarai nama pejuang yang terlibat dlm misi pemindahan ini.
  • Ungkok Anak Jugam, 
  • FF/829 Jaweng Anak Jugah, 
  • 900506 Unggat Anak Ujom, 
  • 900172 Ugap Anak Utut, 
  • 900601 Letan Anak Kusing, 
  • 900665 Nyambik Anak Pasang, 
  • 900815 Kumpang Anak Tinggi, 
  • FF/253 Bulan Anak Kasau, 
  • FF/1254 Kelambu Anak Gadung, 
  • FF/575 Untang Anak Engan, 
  • Rejap Anak Bagi, 
  • FF/825 Entap Anak Tulu, 
  • FF/1083 Nyantau Anak Juna, 
  • Manit Anak Cheling, 
  • Nyaru Anak Talap, 
  • Mat Anak Akit, 
  • Empati Anak Dugu, 
  • Adrain Anak Tandang, 
  • BS Utot Anak Tanggang, 
  • 900557 Dampi Anak Berain 
  • 900441 Janggak Anak Ingkoi.
Kepulangan yg disambut dgn tangisan....


1. Sumber Bernama dan http://pgbwarrior.blogspot.com/2011/07/home-at-last-after-60-long-years.html
2. http://lamiafamilia-ajai62.blogspot.com/2011/07/rangka-21-pejuang-iban-kembali-ke-tanah.html
3. http://lapadeh.com/sudut-iban/21-iban-trackers-finally-home-dalam-operasi-mai-pulai/
4. http://www.theborneopost.com/2011/07/27/kepulangan-wira-disambut-pilu-kesemua-21-rangka-iban-trackers-dan-s%E2%80%99wak-rangers-disemadikan-pada-jam-4-petang-ini/
Tag :

Tahniah buat Azlan dan Emir

on 01 Ogos 2011

As salam semua....belum terlambat lagi rasanya aku nak ucapkan tahniah buat pasukan Boon Siew Honda dan juga team mereka. Begitu juga dengan pelumba mereka iaitu Azlan dan Emir.Kenapa???
Meh baca kat bawah nih.....

PELUMBA SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia Petronas (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd Emir Firdaus Hasan mencipta kejutan apabila berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi kategori 4 jam Perlumbaan Suzuka 8 Hours Endurance Road Race ‘Coca Cola Zero’ kali ke-34 di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun semalam.
Penunggang pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia itu menamatkan penampilan sulung mereka dalam perlumbaan selama empat jam itu dengan catatan masa empat jam satu minit 38.151 saat (99 pusingan) diikuti pelumba pasukan Business Rariat & TSR, Kazuhiro Kojima dan Taiki Sato di tempat kedua dengan 4'01:46.340s. Di tempat ketiga pula muncul Shotaro Ogura dan Akihide Sato dari pasukan SP Tado Racing Team dengan 4'02:04.263s.

Selaku pelumba pertama, Azlan memulakan perlumbaan tetapi kerana kurang biasa dengan format permulaan, Azlan terlepas mengambil alih kedudukan hadapan daripada Kojima.
Sepanjang perlumbaan, kedua-dua pelumba Malaysia itu mengekalkan rentak konsisten bagi mengekalkan kedudukan di tempat kedua. Mereka hanya menyerang pada babak-babak terakhir perlumbaan apabila Azlan memintas Kojima pada pusingan kedua terakhir.

Walaupun kepenatan, kedua-dua pelumba itu jelas berbangga dengan pencapaian mereka dan cukup berpuas hati kerana turut berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Selepas berminggu-minggu melakukan persiapan akhirnya kami berjaya memenangi perlumbaan hari ini dan saya cukup gembira! Terima kasih kepada pengurusan Boon Siew Honda Racing Malaysia, mekanik dan rakan-rakan dari pasukan Harc-Pro yang banyak membantu kami. Saya turut berbangga menjadi anak Malaysia pertama menyertai dan memenangi perlumbaan tradisi seperti ini,” jelas Azlan dengan penuh semangat.
Pelumba berusia 27 tahun itu berkata: “Kami datang ke Suzuka tanpa sebarang pengalaman beraksi dalam ‘endurance race’. Bagaimanapun, kami tetap mahu menang dan kami sentiasa memberikan yang terbaik.

“Perlumbaan tadi tidak dapat dinafikan amat mencabar. Tambahan pula, kami terpaksa bersaing dengan ramai pelumba handalan Jepun. Syukur, kami datang bersiap-sedia dengan strategi perlumbaan yang mantap dan ini banyak membantu kami mencatat kemenangan di sini. Antara strategi yang digunakan adalah pelaksanaan enam 'hentian pit', mengekalkan kedudukan sepanjang perlumbaan, menjimatkan penggunaan tayar serta mengelak terbabas.”

# Tahniah buat mereka berdua. Rasanya belum pernah dalam sejarah negara, pelumba negara kita mencatatkan kemenangan di bumi Jepun. Bukan no 3 ataupun no 4 ....tapi no 1 tuuu.... Tahniah sekali lagi dari aku, ternyata "Harimau Malaya" ada dimana2 jua......

Team Boon Siew Honda Malaysia



Azlan Iskandar bersama CBR600 

Meraikan kemenangan di  Suzuka Jepun
Tag :

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan buat semua rakan2. Semoga kalian dan juga aku juga berjaya melakukan ibadah2 dibulan yang penuh dengan kemuliaan dan kerahmatan ini. Maafkan aku kerana lama tidak bersiaran, tanggungjawab terhadap tugasan membuatkan segala2nya menjadi terhad, sampaikan masa bola Malaysia Singapore haritu pun aku dan sebilangan rakan2 terpaksa layan di tempat kerja. Alhamdulillah, kini semuanya telah selesai. Insyaallah aku akan kembali seperti biasa.




# Tengah ambik "mood" nak berblog balik nih...
Tag :

Tawau Trip 3#

on 24 Julai 2011



As salam semua sahabat. Sambungan kisah sampai di Tawau tempohhari. Agak sibuk sikit minggu ni sampaikan masa aku nak berblog pun terabai. Maaf kepada semua kengkawan...

Okeh, kita sambung cerita hari tu. Malam tu, sesampai je kami di rumah Hendra, kami disambut oleh ahli keluarga beliau yang lain. Nenek,adik dia, adik ipar dia....semua ada. Meriah jugak arrr. Sejenis makanan seperti keropok (tak salah aku dari ubi kayu yang diletak sira nibung kelapa) menjadi santapan ringan. Air pulak dari honeydew yang dicampur hirisan buah dan biji selasih. Memang lain dari yang pernah dijumpai di semenanjung. Bagi aku laaa....tak tau la kalau korang pernah minum kat semenanjung.

Selepas tu kami dijemput oleh keluarga Hendra untuk makan malam. Huiyooooo..."seafood" looooo.....Ketam,udang, kerang, ikan merah dan ikan kering rangup menjadi santapan kami. Aku makan slow2 je..hehehe gua jaga reputasi beb...tak macam Bongek ngan Kayu...laju jerr, tak semongah betoi. Hendra lagi laa...2 x speed dari kami....maklum la, gamaknya dah lama tak makan hasil air tangan ibu, tau2 habis......hehehe

Pas makan, semua lepak kat luar, ambik angin sambil nyembang2 kosong. Teh "o" dengan pencuci mulut buah tembikai dihidangkan oleh ibu Hendra....pehhh penuh woo perut nih. Perut dah buntat...so pe lagi...masa tuk melelapkan mata la plak.

Rumah Hendra di Kg Pasir Putih, Tawau.
Pagi...
Planning hari ni nak pegi ke Sampoerna. Buat lawatan ringkas kat floating. Sebelum tu Hendra dah plan nak minum pagi di kedai yang selalu ayah dia melepak. Ayah Hendra merupakan pemandu teksi di Tawau. So, sesapa yang nak menggunakan khidmat beliau masa turun di Tawau boleh inform kat aku...hehehe iklan jap no. Aku memang tabik habis kat Pak Cik Rudin....sempoi, ramah dan tak lokek bercerita bila aku ngan geng2 bertanya bermacam2 soalan kat beliau. Terima kasih bebanyak pak cik...

Masa untuk bergerak....

Di pekan Tawau...
Rupa2nya kedai tu ialah kedai cina. Tapi memang halal laa. Kat dalam tu penuh dengan geng2 Pak Cik Rudin. Geng teksi Tawu... Meriah gak laa. Antara sarapan pagi yang special kat sini roti panggang, pau goreng dan cakoi. Nasik lemak or roti canai x do ko? Hehehe...ada, tapi susah sikit laa, Cuma aku jadi "kureng" sikit sebab semuanya mende2 yang manisss huhuhuhu...Masa order air.."Nescafe satu....." Opsss...Hendra menyampuk "Nescafe nai satu" Mende lak nai-nai nih....dalam hati aku, rupa2nya nai tu tuk nescafe yang ditambah susu. Ping plak tuk ais. Tak salah aku bahasa tu dlm bahasa cina kott.....
kat bawah ni ada gambar2 makanan tu. ...jom layanzzzz......

Mak Hendra menikmati mee goreng  yang dicampur dengan tauhu (kt dlmnya ade cam begedel)
cakoi yang ber"inti"kan kaya...
Roti panggang...kat dalamnya ber"inti"kan kacang
Yang ni roti benggali kut...ada jem kaya gak kat dalamnya....
Hrmmphh.....dia buat dahhhhh.......
Perjalanan ke Semporna mengambil masa dalam 40~45. Kiri kanan hanyalah pokok sawit. Ergghhh....kat kampung aku pun banyak sawit jugak. Jemu wehhhhh........

Bersambung lagiii...hehehe..







Tag :

Barbican halal lorrr...

on 22 Julai 2011

Kosmo hari ni menyatakan Majlis fatwa Kebangsaan telah memberi keputusan terhadap minuman yang menjadi persoalan kebelakangan ini. Alhamdulillah..hilang rasa ragu~ragu aku. Mana taknya sebelum ni, pernah aku dan kengkawan berkongsi beli minuman ni sampai berbelas botol....
Anak2 aku pun suka gak minuman ni....selama ni aku diam jerr bila isu ni timbul. Bila MFK dah bagi keputusan....kirenya lega jugak laa.....hehehe
Ini siaran akhbar kosmo hari ni...

Minuman malta Barbican bukan arak


AIR minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican kini boleh diminum umat Islam.



KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.
Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.
Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.
Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.
Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.
Tag :

Wordless Wednesday ~ Kebab Turki

on 13 Julai 2011



Hari Rabu lagi...maleh nak citer pasal Tawau...aku bagi gambo kedai kebab yang terbaik dari ladang, terletak di Itaewon, Korea. Berharga 3,000won seketul kadang2 aku beli sampai dua, satu makan terus satu lagi simpan bawak balik hotel aku dekat Ansan. Owner asal Turki, korang leh nampak bendera tu kt dalam kedai.






Tag :

Tawau, Here we come!!

on 12 Julai 2011

    Jam 1 petang, 5 July 2011. Aku, Riezjl, Hen dan wife dia dah ready nak bergerak ke LCCT. Flight kami lebih kurang jam 3.30 petang. Haji Hakim jadi drebar kita orang. Janji manis penuh dengan harapan kami dah tabur kat Haji Hakim supaya dia dengan rela dan dgn sepenuh jiwa dan raga datang menjemput  kami time nak balik ke sini semula nanti. Kayu dengan Bongek dah pun berlepas awal. Katanya nak usha2 awek Air Asia dulu...lantak le korang. Kali ni aku guna nama glemer memasing...baru besh sikit..hehehe


Kalau korang terserempak ngan mamat yg ada tando kat mato tu tegur2 la yekkk...hehehe...kredit to Hen.

Tiba di LCCT kami sumer sempat gak menjamah MC Dee yang ado kat sana. Bukan ape, maleh nak beli makanan dalam flight, korang tau je la harga kat dalam tu. Cuaca masa tu agak paneh sikit. Air cond dalam Mc Dee tak bape nak berasa sangat, mungkin sebab penuh dengan manusia yang dok sibuk kehulu kehilir. Memasing bizi dengan tujuan memasing....Ruang kat dalam Mc Dee pun penuh jugak, ingatkan kat luar je yang penuh. Sesak sangat wehhh....ada masanya aku rasa rimas jugak. Bunyi orang berborak dengan hon keta,van bas memekakkan telinga, dah macam kat mane tah. Sebab tu kot,  yang aku dengo2 berita tak rasmi ada mengatakan LCCT nanti nak berpindah ke tempat lain..Kat mana...??, ntahh.... tak tau la aku.

Kamera Riezl yang aku guna sentiasa dalam keadaan standby mode, kali ni kami memang nak ambik vedio dan gambar kaw2 punyo. Plan kami nak buat window movie maker diselang seli gambar dengan video. 3 orang kameraman...  sentiasa dok nyibuk snap sana...snap sini, tak kira la candid mandid sekalipun. Sesahh jerr...asal boleh jadi bahan. Maka bermula lah episod keriuhan didalam trip kami nih. Tapi bagi aku...memang best kalau ada trip yang kita pergi dengan kengkawan yang sama kepala...senang berunding. Derang ni sumer memang best...tak banyak songeh ataupun cerewet mewet segala. Huhh...ayat hantam jerr tue...

"Aku jalan dulu..pas tu korang snap le gambo aku yerr"...kata Bongek...sonang hati la ko, berlenggang jerr...hehehe
Sampai waktu tuk naik ke kapaiterbang....kami beratur dengan penumpang lain, berjalan menuju ke pesawat Airbus 320 yang dah sedia menunggu kat landasan. On the way, aku sibuk ambik vedio...kengkawan yang bertiga tu sibuk ambik gambo. Rule "Dilarang mengambil gambar", kami sesah jerr...maklum ler ramai...buat dekk je la walaupun dilarang oleh petugas2 yang ada berdekatan dengan pesawat. Sambil jalan 'snap"...nak naik "snap" pehhh...meriahh  sakan wooo.

On t he way nak naik Airbus 320....

Kat dalam pesawat nasib baik penumpang tak bape penuh. Dalam kepala memasing dah set nak duduk kat tempat kosong yang ada kat belakang. Dekat dengan tandas dan tempat steward/dess. Zoommm...kapten tu buat "wheelie" la plak...pening kepala siot. Mencanak jerr dia naik tak kasik can langsung...Hen.."Adesss...sakit pale aku, Yas kalau kat dalam bot mancing macam ni jugak ker?" dia tanya kat aku. "Yepp...lebih kurang cam ni laa....cuma ko bayangkan je la kalau 4 hari 3 malam...camne tu?" Aku balas. "Tak leh naik bot aku kalau cam ni, mau pengsan aku " jawab Hen sambil memegang kepala...Aku gelak jer laa..Perjalanan 2 jam 40 minit ke Tawau agak membosankan. Kami pakat2 duduk kat belakang, pas tu nyembang sambil dok belek2 gamba.

Riezjl sempat gak berposing masa tiba di Tawau.
Masa sampai kat Tawau pun sama gak. Kapten tu wat "kornar baring sambil brek pesawat dalam keadaan pesawat tu nak mendarat" kami sumer berasa tak bape nak selesa dengan keadaan tu. Sabo je laa...dah tak lama dah, jap lagi nak sampai la nihh. Telinga aku pun berdengung jugak..maklum la selsema lom pulih sepenuhnya lagi. Sampai kat imigresen pun telinga aku still berdengung lagi. Pegawai tu cakap pun aku tak bape nok dengo. Adoiyaiii...tensen banget bahh..

Tawau Airport view dari pesawat kami jam 6.15 ptg kutt....
Keluar je dari airport, bapak Hen dah sedia menunggu. 2 buah kereta menanti kami. Sebuah keta bapak Hen, sebuah lagi Dmax abang Hen. Jam masa tu kalau tak salah aku 6.30 petang. Korang leh tengok sendiri betapa berbezanya keadaan masa di semenanjung dan negeri2 di Borneo. Time sama tapi keadaan masa tak sama. Sebagai contoh, kalau 6.30 petang disemenanjung keadaan masa tu masih cerah lagi, bebudak pun tengah seronok bermain masa tu...tapi disana matahari dah start nak tenggelam. Dah nak gelap cam maghrib la plak. Masa kat luar tu aku jerit kuat2..."Tawauuu....heree wee comeeee" Uishhh....cam jakun la plak.
Masuk dalam keta, jalan jap...keadaan dah gelap..cam 7.30 petang waktu semenanjung. Perjalanan ke rumah Hen mengambil masa lebih kurang 40 minit jer. Tak jauh mana pun Kg Pasir Putih tu rupanya dari bandar Tawau.

Yeahhh...punggah jgn tak punggah...Hen dh mula nak tunjuk kuasa bila sampai kat sana...siottt...:)


Opsss....sori geng...sambung lagi yekk...insyaallah next entri aku cuba buat cepat2....hehehe





#Yang aku jerit ( Tawau...here we comee) tu sebenonya pedooh jerr yerr...Saje nak kasi kene mengena ngan tajuk entri...jgn terpedaya sangat...hehehe
Tag :

Intro....Tawau Trip 5~7 july 2011

on 10 Julai 2011

As salam semua rakan2. Minggu lepas 3 hari aku "terlepas" melayan blog. Sumernya gara2 trip aku dan rakan2 ke Tawau, Sabah. Nak bawak laptop, takut terover weight lak beg hand carry aku. Jadi jalan paling mudah  tinggalkan semuanya dulu. Terpaksa la berpisah kejap dengan blog.

Trip ni sebenonya dah di plan selama setaun. Maklum la dok tunggu tambang murah Air Asia...
Rm 80.00 pergi dan balik....kira murah sesangat la tu. Aku pun dah lama tak naik kapai terbang...bila kengkawan offer...laju je aku kata okeh, nak2 pegi bujang ..mmg laju laa...hehehe

Trip ni trip ke rumah member opis iaitu rumah si Hendra. Kebetulan pula si Hendra tu baru lepas kahwin, molek sangat la dia bawak bini dia sambil berkenal kenalan dengan keluarganya. Kami ni seakan2 wakil keluarga bini dia, walaupun yang sebenornya tak de kene mengena pong, tambah menyibuk lagi ada...hahaha


Ni le kapaiterbang yg bawak kami kesana...

So, perjalanan trip ni insyaallah aku akan buat dalam next punya entri. Sekarang ni sumer geng2 yang gi ke Tawau masih demam...demam dok cakap Sabah, tambah pulak badan pun rasa penat lagi. 3 hari memang penuh dengan aktiviti, rasanya macam sehari je duduk kat sana. Tambah lak, naik Dmax kepunyaan abang Hendra..Pehh!!!  Perasaan aku masa tu... kenkadang cam nek kudo la plak...hehehe
(errrr...ayat penyedap mulut tu..jgn pecaya sangat...kang marah lak abg Hendra kat aku...dah sesah Dmax tu 3 ari pun dh cukup baguih...hehehe:)

Ape pun aku nak ucapkan terima kasih kepada pakcik Rudin sekeluarga kerana layanan baik keluarga mereka kepada kami yang rata2nya belum pernah menjejakkan kaki ke negeri Sabah di bawah bayu, kecuali Rizal yang bapanya pernah bertugas sebagai askar disana. Tiap2 ari kami dijamu dgn seafood...sampai buntat perut memasing....tak sempat nak rasa lapo...makann..pas tu makan..makan lagi...makan...haaaa korang bayangkan je la camne keadaan kami masa tu...

Satu lagi, trip ni juga seakan2 flash back kepada Rizal, mengenang kembali saat beliau membesar dan bersekolah disana selama 3 tahun kalau tak salah aku. Meleleh air mata mamat tu...hahahaha
Jumpa lagi di next entri...Caiyokkkkk.








# Bab2 meleleh air mata tu saje aku tambah...kasi sodap sikit bila membacanya...hehehehe

Tag :

Budak kecik ke hape nih?

on 09 Julai 2011


As salam semua sahabat. Selasa hingga Khamis lepas bizi sket. Minta maaf sebab tak dapat ziarah semua. Baru 3/4 ari tinggal blog...tapi rasanya macam dah banyak yang tertinggal. ID komen aku pun pblm jugak Semua gara2 Blogger In draft yang baru. Nasib baik leh install semula ID tu, kalau tak penat jugak. Hajat nak tuka template baru, tapi kemudian sikit arr.

Aku tinggalkan korang dengan sekeping gambar kat bawah nih. Ntah ye atau idaknya budak ni main angkat berat tak tau la.. Yang paling aku tak tahan bila tengok "muscle" budak ni dah nak jadi cam Hulk Hogan la plak. Sape la mak bapak dia..pas tu kalau betul pun, tak de efek ke bila dia beso nanti? Mane tau cepat tua ke..cepat semput ke...ade sesape yg tau dak? Aku pun dah lope kat mana aku dapat gambo ni.. Dah duk lama dalam simpanan...hehehe

Ok, jap semua...aku nak gi "BERSIH"kan luar umah jap...kotor betoi laaa, nampak banyak "kunin" jerrr....:)


Tag :

Sambungan entri nasi Arab

on 05 Julai 2011

Ekoran entri Wordless Wednesday tempoh hari berkenaan dengan restoran  nasi arab , ramai jugak la kengkawan yang memberi feedback. Hari ni aku nak letak gambar kedai (rasenya owner dia Pakistan) yang terletak di Itaewon, Korea Selatan. Berdekatan dengan National Mosque Korea.

Kedai ni kalau kita nak pergi ke National Mosque Korea berada disebelah kanan. Dengan kedudukan berbukit sedikit. Masjid paling atas sekali, mengah jugak ler nak mendaki. Masa aku pergi tu, kebiasaannya mat2 negro yang ramai. Aku tak tau apa yang derang buat kat sana, mungkin bekerja kot. Dressing negro tu plak...pehh ala2 rappers yang biasa kita tengok kat dalam tv tu, penuh ngan rantai bagai. Muka lak, cam samseng jerr...saspendet jugak aku....hehehe

Gambar dari sisi.."makanan yg sedap ada disini" ayat tu yg buat aku tertarik ....
Nama kedai tu "SWAT FOODS & Restaurant"... kedai tu pun sebenarnya tak le besor sangat. Kat dalam hanya memuatkan beberapa buah meja dan kerusi. Bila geng2 aku datang menyerang, memang penuh la kat dalam kedai tu. Suasana pun jadi kecoh sebab orang2 kita je semuanya.

Pandangan depan kedai nasi arab tu...
Korang perasan kan, kedai tu hanya suku je dari sebuah kedai yang sebenar. Mungkin dia sewa tapak kot. Menu utama ialah nasi arab berlaukkan sama ada kambing ataupun ayam. Nasi dan lauk memang dimasak sekali kot. Kuah? Tak de kuah..air kosong je la jadi kuahnya..Harga sepinggan dalam 5,000 won, lebih kurang Rm19.00 masa tu.

Makanan memang lazat, nasi sepinggan tu penuh sampai tak nampak daging kambing ataupun ayam. Kalau tengok pada keadaan biasa, rasanya memang tak habis la kot. Tapi jangan terkejut....bila dah makan rasa macam tak cukup plak..mungkin sebab keadaaan cuaca yang sejuk kot. Perut cepat sangat lapo...hehehe
Yang nyata, aku dah beberapa kali makan nasi arab kat mesia, sampai la sekarang ....tapi tak ada yang sama rasanya dengan yang aku makan kat kedai nih. Nak kena repeat lagi nih. Pehh....bila buat entri ni pun aku masih terbayang2 lagi kat nasi arab tu....:)

Teringat pulak pada komen bro Tengkorak Emas, ada nasi arab ni ada yang dimasak diruang bawah tanah. Tapi aku pasti, yang kat kedai ni masak kat belakang jer...sebab aku masih teringat2 lagi, aku pernah jenguk2 kat ruang belakang tu.

Gambo kat bawah ni, (yang aku duk tu) merupakan meja last sebelum nak gi ke dapur. Jadi dari situ aku leh jenguk2 sikit la kat belakang tu.Tapi satu perkara yang paling aku terkejut masa makan kat sana, bila minum air kosong.... mati2 aku ingatkan free...mungkin pada gelas yang pertama je kott freenya. Bila asik bertambah jee...rope2nya kene cas jugak...hampeh tul. Nasib bek la tak mahal sangat.

Ruang dalaman kedai arab tu...agak sempit sedikit.
Dalam masa dok makan2 tu. Owner kedai lepak2 jugak ler ngan kita orang. Dia citer dia penah jugak datang ke Malaysia satu ketika dulu. Tapi aku dah lope dia datang sebab nak kerja atau jenjalan. Mungkin kerja kot sebab dia ada mention penah duk mesia dalam 2/3 taun.

Kat bawah ni ader aku selitkan gambar2 team aku RPG Team yang buat makan2 kat restoran arab kat Cyber Jaya. Thanks to Rizal yg suka edit dan bagi gambo nih kat aku.Tak salah aku owner dia orang Maghribi. Okeh gak la...tapi masih tak sama dengan restoran yang kat atas tu...huhuhu
Sorry, gamba aku dh resize...pas tu bila besokan sikit dia suda pocah arrrr....
Caiyokkk....






Tag :
 
© Yastro.net All Rights Reserved